Kerjaya antarabangsa Pavel Nedvěd

Nedvěd mula bermain untuk pasukan kebangsaan remaja Czechoslovak pada 1988. Beliau mewakili pasukannya pada pasukan bawah-15 sebelum ke 16, 17 dan 18. Pada 1992, beliau membuat debut untuk pasukan bawah-21 dan bermain sebanyak tujuh perlawanan pada tahun 1992 dan 1993.

Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Republik Czech pada Jun 1994 pada perlawanan menentang pasukan kebangsaan Republik Ireland, Czech menang 3-1.[38] Nedvěd mewakili Republik Czech ke kejohanan Euro 1996. Pada perlawanan pembukaan kumpulan menentang Jerman, Nedvěd mempersia-siakan dua peluang menjaringkan gol dan keputusannya Jerman menang 2-0.[39] Nedvěd menjaringkan gol pertamanya untuk Republik Czech ketika menentang Itali pada peringkat kumpulan dan meletakkan pasukan Czech di hadapan, 1-0 selepas empat minit..[40] Walaupun Itali menguasai perlawanan, pasukan Czech dengan 10 orang pemain menang 2-1. Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Rusia, beliau menerima kad kuning kedua perlawanan dan dibuang padang. Meskipun ketiadaan beliau, pasukan Czech terikat seri 3-3 bertemu Rusia.

Akibat penggantungan, Nedvěd tidak beraksi pada suku akhir Euro 1996 menentang Portugal. Walau bagaimanapun, Republik Czech menang 1-0.[41] Pada perlawanan separuh akhir menentang Perancis, Nedvěd menjadi pemain terbaik perlawanan oleh UEFA dan mara ke perlawanan akhir selepas membenam Perancis secara penentuan penalti. Beliau mengambil tendangan kedua buat pasukannya .[42] Namun, pasukannya gagal untuk menjulang trofi Euro buat kali pertama apabila tewas kepada Jerman hasil daripada jaringan gol emas.[43]

Beliau kemudian mewakili pasukannya ke Piala Konfederasi pada 1997 dan membantu pasukannya untuk menduduki tempat ketiga kejohanan. Nedvěd menjarinkan dua gol pada kejohanan itu ketika menentang Emiriah Arab Bersatu, Czech menang 6-1. Ini membolehkan pasukan Czech ke separuh akhir namun kecundang di tangan Brazil. Pada perlawanan penentuan tempat ketiga, Czech menewaskan Uruguay.

Sebelum bermulanya aksi Euro 2000, Nedvěd tidak dapat berlatih dengan baik akibat mengalami kecederaan buku lali.[44] Pada perlawanan pertama menentang tuan rumah Belanda, Czech tewas akibat kontroversi di penghujung perlawanan apabila pasukan Belanda dihadiahkan sepakan penalti.[45] Pada perlawanan kedua menentang Perancis, beliau dikasari di kotak penalti lalu menerima tendangan penalti yang diambil oleh Karel Poborský, lalu keputusan seri 1-1.[46] Nedvěd melepaskan dua tendangan ke gawang Perancis namun tidak dapat menewaskan penjaga gol Perancis, Fabien Barthez dan Perancis memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1.[47] Beliau bermain pada perlawanan akhir kumpulan menentang Denmark, pasukan Czech menang 2-0 namun tersingkir apabila menduduki tempat ketiga di tangga kumpulan. Selepas Euro 2000, Nedvěd mengambil alih jawatan kapten pasukan dari Jiří Němec.

Nedvěd menjadi kapten buat pasukan Republik Czech di Euro 2004. Pada perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Belanda, selepas ketinggalan 2-0 pada 19 minit, beliau membantu Czech untuk bangkit lalu melakar kemenangan dramatik 3-2.[48] Sembilan pemain termasuk Nedvěd direhatkan pada perlawanan terakhir menentang Jerman oleh kerana pasukan Czech sememangnya bersedia ke peringkat kalah mati apabila di tangga pertama dengan 6 mata dan pasukan Jerman jauh ketinggalan dengan mengutip 2 mata. Pasukan Czech menang 2-1 meskipun tiada pemain utama.[49] Nedvěd membuat hantaran kepada Milan Baroš untuk menjaringkan gol kedua permainan pada perlawanan suku akhir menentang Denmark dan keputusannya Czech menang 3-0. Pada perlawanan separuh akhir menentang pasukan bukan pilihan Greece, Nedvěd dikeluarkan akibat mengalami kecederaan hamstring lutut. Greece menang pada perlawanan ini menerusi gol perak pada masa tambahan. Beliau dimasukkan ke dalam Pasukan Pilihan Euro 2004 bersama dengan dua rakan sepasukan iaitu Petr Čech dan juga Milan Baroš.[50] Nedvěd mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan selepas tamatnya kejohanan itu.

Nedvěd mengetuai pasukan Republik Czech di Piala Dunia 2006.

Nedvěd dipujuk oleh jurulatih Karel Brückner dan rakan sepasukannya supaya kembali semula ke skuad Republik Czech untuk mengukuhkan lagi pasukan Repubblik Czech menjelang perlawanan play-off Piala Dunia menentang Norway dan akhirnya Republik Czech berjaya ke Piala Dunia buat pertama kali sejak perpecahan Czechoslovakia.[51] Walaupun persiadan Nedvěd ke Piala Dunia sedikit terjejas pada bulan Jun akibat kecederaan lutut,[52] beliau tetap boleh bermain.

Pasukan Republik Czech menang 3-0 pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2006 menentang Amerika Syarikat[53] dan Nedvěd membuat satu hantaran kepada Tomáš Rosický untuk menjaringkan gol kedua peribadi. Namun, apabila pemain-pemain utama mengalami kecederaan, pasukan Czech tewas pada dua perlawanan seterusnya iaitu menetnang Ghana dan Itali. Republik Czech menduduki tempat ketiga kumpulan.[54][55] Nedvěd sekali lagi mengumumkan persaraan daripada perlawanan antarabangsa pada Ogos 2006 sebelum perlawanan persahabatan menentang Serbia dan Montenegro.[56] Beliau menolak keputusan yang beliau buat sebelum Euro 2008 walaupun diminta oleh jurulatih Brückner dan rakan-rakan sepasukan.[57] Sepanjang 91 kemunculan untuk pasukan Republik Czech, Nedvěd telah menjaringkan 18 gol.

Statistik

Pasukan kebangsaan Republik Czech
TahunKmnclnGol
199410
199540
1996122
1997102
199831
199992
2000104
2001114
200260
200382
200490
200520
200661
Jumlah9118[58][59]

Gol antarabangsa

Gol antarabangsa oleh Pavel Nedvěd
#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1 14 Jun 1996Liverpool, England Itali1–0 2–1 UEFA Euro 1996
2 18 September 1996Teplice, Republik Czech Malta2–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia 1998
3 17 Disember 1997Riyadh, Arab Saudi Emiriah Arab Bersatu2–0 6–1 Piala Konfederasi 1997
4 3–0
5 14 Oktober 1998Teplice, Republik Czech Estonia1–0 4–1 Kelayakan Euro 2000
6 4 September 1999Vilnius, Lithuania Lithuania0–1 0–4
7 0–2
8 26 Mac 2000Prague, Republik Czech Israel1–0 4–1 Persahabatan
9 3–0
10 7 Oktober 2000Teplice, Republik Czech Iceland3–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia 2002
11 4–0
12 24 Mac 2001Belfast, Ireland Utara Ireland Utara0–1 0–1
13 15 Ogos 2001Drnovice, Republik Czech Korea Selatan1–0 5–0 Persahabatan
14 6 Oktober 2001Prague, Republik Czech Bulgaria2–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia 2002
15 6–0
16 2 April 2003Prague, Republik Czech Austria1–0 4–0 Kelayakan Euro 2004
17 6 September 2003Minsk, Belarus Belarus1–1 1–3
18 6 Jun 2006Prague, Republik Czech Trinidad dan Tobago2–0 3–0 Persahabatan

Rujukan

WikiPedia: Pavel Nedvěd http://edition.cnn.com/2006/SPORT/football/12/05/i... http://www.euro2004.com/News/Kind=1/newsId=205742.... http://www.fifa.com/tournaments/archive/confederat... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.fifa.com/worldfootball/news/newsid=1064... http://www.footballdatabase.com/site/players/index... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/12922... http://www.goldenfoot.com/en/legends.html http://books.google.com/?id=7YVCwNJW1A8C&pg=PA36&d... http://www.google.com/hostednews/canadianpress/art...